fbpx
Gambar hiasan.

Sara 2.0 dinilai berdasarkan realiti hidup rakyat, bukan angka politik – Chang Lih Kang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menegaskan bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) tidak wajar dinilai dari sudut angka semata-mata, sebaliknya perlu dilihat berdasarkan realiti kehidupan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang dalam satu hantaran di laman TikTok berkata, meskipun ada pihak menganggap bantuan RM100 sebagai kecil dari sudut politik, dasar sosial tidak boleh dinilai dengan pendekatan sedemikian kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.

Menurut beliau, pelaksanaan Sara 2.0 kepada semua rakyat bermula 9 Februari sebagai sebahagian daripada pendekatan Kerajaan Madani yang menekankan tindakan konkrit, bukan sekadar slogan.

Lih Kang menjelaskan, pelaksanaan Sara 1.0 sebelum ini tertumpu kepada barangan keperluan asas tertentu, namun kerajaan mengambil maklum balas rakyat untuk menambah baik pelaksanaannya.

“Hasil daripada maklum balas tersebut, Sara 2.0 memperluaskan skop penggunaan bantuan kepada barangan sejuk beku seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran yang merupakan keperluan sebenar dapur harian,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa penambahbaikan itu bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil daripada pendekatan kerajaan yang mendengar dan memperbaiki dasar berdasarkan keperluan rakyat.

Tambahnya, tanggungjawab kerajaan adalah memastikan bantuan sosial yang disalurkan relevan, praktikal dan benar-benar membantu, bukan bertujuan meraih populariti politik.

“Bantuan sosial adalah soal memahami realiti hidup rakyat, dan itulah pendekatan Kerajaan Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN