fbpx
LEANDRO Trossard menjadi pemain paling menyinar apabila meledak dua gol untuk bantu kemenangan 5-1 Belgium ke atas New Zealand, hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Belgium pilih jalan paling sempurna untuk layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

VANCOUVER – Belgium memilih cara paling sempurna untuk mengesahkan tempat ke pusingan 32 Piala Dunia selepas membelasah New Zealand 5-1 pada aksi terakhir Kumpulan G, hari ini.

Bintang Arsenal, Leandro Trossard muncul pemain paling menyinar selepas menyumbangkan dua gol sekali gus menyerlahkan kebangkitan The Red Devils yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri pada dua perlawanan awal.

“Saya berasa cukup bagus dan saya fikir kami sedang berkembang, begitu juga dengan diri saya. Pada dasarnya, kami gembira kerana meraih kemenangan dan paling penting dapat mara ke pusingan seterusnya,” kata Trossard.

Terdahulu, Belgium dihimpit kecewa selepas pengadil bertugas, Adham Mohammad Tumah Makhadmeh membatalkan keputusan penalti selepas meneliti semula Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bagaimanapun, minit ke-28, Trossard bijak mengambil kesempatan untuk menyudahkan sepakan penjuru yang diambil oleh Kevin De Bruyne.

Lima minit selepas babak kedua bersambung, Trossard terus menggegar apabila merobek gawang New Zealand buat kali kedua dan 16 minit selepas itu, giliran De Bruyne melakar nama selaku penjaring.

Minit ke-84, Elijah Just menjaringkan gol sagu hati New Zealand namun keceriaan itu hanya bertahan dua minit apabila Romelu Lukaku menambah gol keempat sebelum Alexis Saelemaekers melengkapkan jaringan kelima. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN