fbpx
Anwar ketika menerima kunjungan daripada wakil KSI Strategic Institute for Asia Pacific, di pejabatnya hari ini.

Anwar terima kunjungan hormat pusat pemikiran Asia Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik di rantau Asia Pasifik.

Menurut beliau, KSI memberi tumpuan kepada dialog dasar, pemikiran strategik serta penganjuran forum-forum ekonomi yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan berkaitan.

“Pertemuan hari ini menjadi ruang penting untuk memperkenalkan misi dan aspirasi KSI dalam memperkukuh pembangunan negara melalui dialog dasar, pemikiran strategik dan inovasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau turut menghargai perbincangan yang berlangsung mengenai potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak yang selari dengan agenda Malaysia Madani.

“Khususnya dalam pembinaan negara, pembangunan kepimpinan berintegriti serta kesejahteraan rakyat secara mampan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI