fbpx
Mohd. Mufsi (kanan) meninjau gerai ayam segar di PJRM Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

116 Jualan Rahmah tawar 30% diskaun Ramadan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu telah menyusun 116 Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) untuk dianjurkan di seluruh negeri ini sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, penganjuran PJRM yang menawarkan barangan keperluan pada harga mencecah 30 peratus lebih murah daripada pasaran tersebut bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Kita menyedari perbelanjaan isi rumah biasanya akan meningkat pada bulan Ramadan.

“Sehubungan itu, pelaksanaan PJRM tersebut bertujuan membantu rakyat khususnya berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) terus mendapat akses membeli barang keperluan asas pada harga berpatutan,” katanya di Tepoh di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas memantau perjalanan PJRM Kampung Banggol Binjai.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Mufsi memberitahu, KPDN Terengganu juga akan mengambil inisiatif menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang menawarkan menu berbuka puasa pada harga murah.

Beliau berkata, lapan lokasi telah dipilih antaranya Kuala Ibai di sini; Binjai Rendah, Marang; Kerteh, Kemaman; dan Kampung Raja, Besut.

“Kita juga memberi insentif kewangan dalam bentuk e-Dompet antara RM20 hingga RM100 kepada peniaga terpilih dan 1,200 pengunjung terawal BRR terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN