fbpx
BEBERAPA suspek diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, pagi tadi.

Empat penjawat awam antara direman kes rasuah RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Lima individu termasuk empat penjawat awam sebuah institusi pendidikan prauniversiti awam di negeri ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM25,000.

Perintah reman ke atas semua suspek sehingga Jumaat ini dikeluarkan Majistret Mohd. Amiruldin Roslan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40-an ditahan antara pukul 2 hingga 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2024,” katanya.

Ujarnya, seorang daripada suspek merupakan pemilik syarikat, manakala empat lagi penjawat awam di institusi pendidikan berkenaan.

“Keempat-empat suspek yang merupakan penjawat awam dipercayai menerima wang suapan daripada pemilik syarikat bernilai antara kira-kira RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap projek. Keseluruhan projek yang diperoleh adalah sebanyak 16 projek ,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN