fbpx
Tiga buah ambulans menerima panggilan palsu. - Instagram

Sanggup guna ambulans kutip hutang peminjam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan taktik kumpulan pengutip hutang yang menggunakan panggilan palsu ambulans untuk menagih wang daripada penghutang, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Kota Semarang, wilayah Jawa Tengah.

Dalam video tersebut, tiga buah ambulans dan sebuah trak pikap Lalamove dilihat berada di hadapan sebuah rumah.

Tiga ambulans tersebut dikatakan menerima laporan palsu untuk mengambil pesakit di rumah tersebut, manakala pikap Lalamove turut mendapat pesanan palsu.

“Setibanya di lokasi, pihak sebenar yang menghubunyi ambulans meminta mereka menyampaikan kepada penghuni rumah agar segera membayar hutang,” kata keterangan hantaran tersebut.

Salah seorang petugas ambulans yang dikenali sebagai Aldy kemudian tampil mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, mereka menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Adi Prasetya.

“Namun, apabila tiba di lokasi, ternyata tiada sesiapa yang menelefon ambulans,” katanya.

Pemilik rumah memberitahu bahawa panggilan telefon ambulans itu adalah palsu, malah, sehari sebelumnya, rumah tersebut turut didatangi beberapa kenderaan Lalamove.

“Rakan sekerja menghubungi nombor pemanggil ambulans dan individu itu menyuruh penghuni rumah membayar hutang 14 juta rupiah (RM3,200).

“Tambahnya lagi, jika tidak, dia akan terus memanggil ambulans lain dan bomba,” kata Aldy. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN