fbpx
Lukisan artis mennunjukkan projek perindustrian baharu di Pulau Carey yang akan mula dibangunkan suku pertama tahun ini.

Amverton Carey Eco: Industrial Park lengkapi kemudahan di Pulau Carey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amverton Carey Eco: Industrial Park bakal menjadi satu lagi projek terbaharu di  Pulau Carey melengkapkan lagi pelbagai kemudahan yang ada di kawasan tersebut.

Dimajukan oleh Pengasasnya, Tan Sri Ng Thian Hock,  Amverton telah membina reputasi kukuh menerusi pembangunan mercu tanda seperti Bukit Kemuning Golf & Country Resort, Amverton Cove Golf & Island Resort dan Amverton Cove Riverine Hotel & Suites.

Bagi projek ini, CID Realtors bekerjasama rapat dengan Amverton untuk membawa pembangunan tersebut di pasaran, satu kerjasama yang menyatukan dua organisasi dengan kekuatan saling melengkapi serta komitmen bersama terhadap kecemerlangan. 

Menurut kenyataan, Amverton Carey: Eco-Industrial Park bakal melibatkan kawasan seluas 240 hektar yang dirancang secara teliti dengan penekanan terhadap kelestarian dan kecekapan operasi. 

Fasa satu yang merangkumi keluasan 91.176 hektar  dijadualkan untuk dilancarkan pada penghujung suku pertama tahun 2026, menawarkan peluang kepada perniagaan untuk bertapak di salah satu koridor perindustrian Selangor yang berkembang paling pesat.

Pembangunan ini direka khusus untuk sektor pergudangan, logistik, automotif serta jentera dan peralatan, dengan tiga jenis produk berbeza yang dirancang bagi menampung skala operasi yang pelbagai  serta unit kilang separa berkembar yang sesuai.

“Projek Amverton Carey: Eco-Industrial Park tidak sekadar meyediakan fasiliti kilang atau gudang tetapi juga asrama dan kawasan perumahan yang dijangka siap secara berfasa menjelang tiga tahun lagi di pulau yang bakal menjadi tumpuan warga kota serta golongan usahawan di Malaysia,” katanya.

Pulau Carey terletak di Kuala Langat, Selangor, kini muncul sebagai salah satu destinasi perindustrian dan logistik paling berpotensi di rantau ini dengan pelbagai pembangunan utama sedang giat dijalankan serta perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan pelabuhan ketiga.

Pulau ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan industri Selangor bagi tempoh dua hingga tiga dekad akan datang.

Kelebihan strategik Pulau Carey amat jelas, dengan akses lancar ke KLIA 1 dan KLIA 2 bagi pengangkutan kargo udara, jarak yang dekat dengan Northport dan Westport untuk logistik laut, serta rangkaian lebuh raya utama termasuk Lebuhraya LATAR, PLUS, Guthrie Corridor Expressway, SKVE, WCE dan ELITE. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI