SEREMBAN – Berbekalkan pengalaman lebih lima tahun sebagai cef hotel empat bintang, seorang ibu memilih untuk meninggalkan dunia dapur profesional demi menjaga anaknya yang menghidap autisme selain membina perniagaan sendiri berasaskan makanan jalanan. Pengasas Qisya 3017 Empire, Nur Syazana Zakaria, 36, berkata, dia kini mengusahakan perniagaan wantan secara kecil-kecilan di gerai tepi jalan sejak tiga bulan lalu. Katanya, perniagaan tersebut dijalankan secara sederhana, namun menjadi sumber rezeki kepada keluarga terutama bagi menampung pembelajaran dan perkembangan anak lelakinya Muhammad Nur Raziq……














