fbpx
Tangkap layar sekumpulan individu dipercayai mencuri kabel yang tular di media sosial.

[VIDEO] Geng curi kabel ala gengster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan berani sekumpulan individu dipercayai mencuri kabel awam seperti ‘gengster jalanan’ mengundang kemarahan orang ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi pendek yang dikongsikan, kelihatan tiga lelaki bertindak mencurigakan di tepi jalan sebelum ditegur oleh orang awam.

Namun apa yang mengejutkan, salah seorang daripada mereka dilihat hanya memandang sambil membuat muka ‘tembok’, seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun hon dibunyikan berulang kali.

Lebih mencetuskan kemarahan, kumpulan terbabit dipercayai tidak menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang sah, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan awam.

“Mereka buat apa tu? Ingat ular tadi,” komen Fariza Iza.

“Sebab hukuman tak berat itu lah orang tak takut, tangkap keluar penjara buat lagi. Macam itu sahaja,” tulis Apai Atira Sumping.

“Hubungi la polis, dok kejar macam tu jadi apa, rakam buat kecoh boleh. Puak ni nombor plat pun bukan pakai nombor betul,” kata Zam Rahizi.

Kes kecurian kabel sebelum ini sering dikaitkan dengan gangguan bekalan elektrik, lampu jalan terpadam serta risiko kemalangan, selain menyebabkan kerugian besar kepada pihak berkuasa dan rakyat. – KOSMO ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI