fbpx
Mohd. Khalid pada Program Community Policing Thaneeri Panthal PDRM 2026 di Kuil Subramaniam Swamy, Batu Caves di sini hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Tohmahan Albert Tei terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Polis mengesahkan siasatan berhubung kes ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa menfitnah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, ahli perniagaan itu dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sebelum ini bagi membantu siasatan.

“Terbaharu, beliau (Albert) telah melakukan seolah-olah macam tohmahan ke atas KP SPRM, jadi kita telah ambil tindakan iaitu memanggil beliau dan memberi keterangan.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC),” katanya pada sidang akhbar Program Community Policing Thaneeri Panthal PDRM 2026 di Kuil Subramaniam Swamy, Batu Caves di sini hari ini.

Sebelum ini, Albert dilapor hadir ke Bukit Amand Khamis lalu bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Peguamnya, N. Surendren berkata, Albert dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pada 27 Nov lepas, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung klip video tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita dan Tei, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Azam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI