IPOH – Sebuah maahad tahfiz berjaya menambah pendapatan bagi menampung kos operasi dengan membuka kafe kopi memandangkan minuman itu menjadi trend sekarang ini. Di samping berjaya menjana pendapatan sendiri, pusat tahfz itu mahu membuang persepsi masyarakat bahawa maahad sering meminta derma dan bergantung kepada yuran semata. Sejak Kafe X-10 Coffee yang terletak di Kampung Sungai Kati, Manjoi dibuka pada tiga bulan lalu, ia telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan. Kata Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 10, Muhamad…














