fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pencuri itu berarak sambil mengangkat kelapa sawit. - Istimewa

Pencuri berarak sambil junjung kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Musi Rawas, wilayah Sumatera Selatan mengalami nasib malang apabila dipaksa berarak sambil mengangkat kelapa sawit yang dicuri, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) di Desa Pelita Jaya semalam.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pencuri terbabit dikepung oleh warga setempat sebelum diarah untuk berarak mengelilingi kawasan kampung sambil mengangkat kelapa sawit.

Penghulu Desa Pelita Jaya, Yuliansyah berkata, pencuri itu dikenali ramai kerana sering mencuri kelapa sawit milik penduduk tempatan.

“Dia merupakan jiran mangsa,” katanya.

Ketua Polis Muara Lakitan, AKP Hendrawan tampil menjelaskan bahawa kedua-dua pihak telah menyelesaikan isu itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI