fbpx
PENGANTIN lelaki menyerahkan mas kahwin berupa sebidang tanah berharga 1.8 bilion rupiah dan emas 50 gram. - Instagram

Pengantin terima mas kahwin sebidang tanah RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial apabila menetapkan mas kahwin berupa sebidang tanah berharga 1.8 bilion rupiah (RM424,000) dan emas 50 gram, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Dalam sebuah video tular, pasangan tersebut bersiap sedia untuk dinikahkan dalam acara perkahwinan mereka pada 25 Januari lepas.

Tetamu majlis kemudian kelihatan terkejut ketika pengantin lelaki menyebut nilai mas kahwin yang diserahkan kepada pengantin perempuan.

“Dengan mas kahwin berupa emas 50 gram dan sebidang tanah bernilai 1.8 bilion rupiah, tunai,” kata pengantin lelaki.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Siapakah wanita yang beruntung itu?” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN