fbpx
Norjuliwati menunjukkan gambar Noradillah (kiri) ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

‘Adik mahir memasak, tak sangka ajalnya tiba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Luluh hati seorang wanita melihat adik iparnya yang parah mengusap jenazah isterinya sambil menangis ketika berada di Zon Merah, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) hari ini.

Norjuliwati Shahril, 43, berkata, adiknya, Noradillah, 33, maut selepas motosikal jenis Yamaha 150Z yang dinaiki bersama suaminya, Koperal Suhaili Abdul Hamid, 38, merempuh sebuah kereta di Jalan Rasah, Seremban semalam.

Katanya, adik iparnya pula patah kaki kiri.

“Adik ipar menangis dan dapat usap sekejap sahaja. Mereka sudah berkahwin sejak 2008 dan mempunyai lima anak berusia lapan tahun hingga 17 tahun.

“Arwah adik sangat disayangi keluarga dan mahir memasak. Kali terakhir kami bertemu di sebuah kedai di Sungai Ujong, Seremban hujung tahun lalu,” katanya.

Menurut Norjuliwati, arwah adik baharu hantar anak keduanya belajar di kolej vokasional di Johor dan mereka ada membeli rumah rakyat di negeri itu, namun belum sempat mendiaminya.

Tambahnya, jenazah arwah adiknya itu diuruskan sepenuhnya oleh pasukan polis serta Amal Rembau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height Senawang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN