fbpx
Dr Suffian Sani (kiri) menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book Of records (MBOR).

MKDS komited tangani isu obesiti, raih pengikitirafan MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Megaklinik Dr Suffian (MKDS) terus melakar sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book Of records (MBOR) menerusi dua rekod kebangsaan yang dicapai secara serentak.

Rekod itu melibatkan penurunan berat badan kumulatif tertinggi dalam program yang diawasi secara perubatan dalam setahun dan penyertaan terbesar dalam program penurunan berat badan yang diawasi secara perubatan dalam setahun.

Pengarah Eksekutif MKDS, Dr Suffian Sani Sayuti berkata, pihaknya berbangga kerana pengiktirafan itu berasaskan hasil yang diaudit dan tidak melibatkan kempen serta bukan anugerah berbayar.

“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan MKDS yang mempercayai proses ini dan kepada seluruh pasukan MKDS yang menegakkan disiplin klinikal dan piawaian bertaraf dunia.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kolektif dan bukannya tahap keterlihatan individu di mana ia penting sebagai asas,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, MKDS diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia dengan lebih 2,000 pesakit setiap bulan selain menjadi antara klinik pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatannya.

Mengulas lanjut, Dr Suffian menambah, fasa seterusnya sudah pun bermula dengan protokol yang lebih canggih sedang diformalkan MKDS untuk terus membentuk hala tuju penjagaan obesiti yang diselia secara perubatan di Malaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI