fbpx
calon bebas Goldam H Salangah ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Minusoh, Tongod, Kinabatangan.

PRK Kinabatangan, Lamag: Keputusan dijangka 10 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINABATANGAN – Seramai 48, 282 pemilih akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 36 pusat pengundian dengan 117 tempat mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dibuka bermula pukul 7.30 pagi tadi.

Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka hingga 5.30 petang dan sebanyak dua pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari, manakala 34 pusat mengundi pula ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.

Kiraan rasmi undi akan dibuat di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada pukul 10 malam.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Sementara itu, calon bebas Goldam H Salangah yakin pengundi di Parlimen Kinabatangan bijak memilih wakil rakyat dan menyarankan semua untuk keluar awal mengundi pemimpin diyakini.
‎‎
‎”Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara,” katanya selepas membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Minusoh, Tongod, Kinabatangan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN