fbpx
Mohd. Nizam (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

[VIDEO] Bekas Panglima Angkatan Tentera bertongkat tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Mohd. Nizam yang memakai baju sut lengkap tiba pada pukul 8.20 pagi dengan berjalan menggunakan tongkat.

Sebelum ini SPRM mengesahkan pihaknya memperoleh izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa Mohd. Nizam susulan siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM.

Mohd. Nizam akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN