fbpx
Tangkap layar video dua lelaki Kelantan berkain pelikat menahan suhu musim sejuk sambil berbual dialek Kelantan dalam video konten dirakam di bandar Shinjuku, Tokyo, Jepun.

[VIDEO] ‘Nyo wat Jepun samo nga kampung Kelate dih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki dengan selamba memakai tuala tutup badan, berkain pelikat tanpa berkasut dalam suhu musim sejuk di bandar Shinjuku, Tokyo, Jepun sambil berbual seperti berada di kampung Kelantan.

Rakan lelaki tersebut pula memakai baju sejuk dan berkain pelikat, tetapi hanya berselipar tanpa mengendahkan suhu sejuk di kawasan tersebut.

Itu gelagat dua lelaki asal Kelantan menerusi video konten mereka pada TikTok Bosswanblack yang memperlihatkan mereka berbual dalam dialek negeri Pantai Timur itu di kawasan tempat letak kereta perumahan di bandar Shinjuku.

Pada video konten tersebut, mereka berbual mengenai kereta dan budu sebelum kedua-dua mereka bersalaman pulang ke rumah.

Ia menarik perhatian pengguna media sosial terutama dari Kelantan yang terhibur apabila mereka berpakaian seperti golongan pak cik-pak cik di kampung Malaysia, sedangkan masing-masing menahan kesejukan musim sejuk.

“Nyo wat Jepun samo nga kampung Kelate dih (dia buat Jepun tu sama macam kampung Kelantan),” komen pengguna TikTok Aiman Ahmad.

“Dia buat Jepun tu macam Malaysia je ek,” kata Mochalatte.

“Keliru kawe. Ni Jepun mendarat ke Kota Bharu atau Kota Bharu mendarat di Jepun,” komen Recon Kokanbiru berseloroh dengan mengimbas sejarah pendudukan tentera Jepun di Kelantan.

“Dia macam suasana kampung, tapi suhu sejuk. Melayu macam ni kita suka,” komen seorang lagi pengguna TikTok Mummy Aishah. – KOSMO! ONLINE

@bosswanblack #fyp #bosswanblack #tokyo2026 #azimazmi #shinjuku ♬ original sound – BossWan black – 𝘽𝙤𝙨𝙨𝙒𝙖𝙣𝘽𝙡𝙖𝙘𝙠

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN