fbpx
YEW SIN (kiri) menjadi pemain terbaharu yang menerima ugutan secara dalam talian. - SHIDDIEQIIN ZON

Satu tindakan melampau dan keterlaluan – Ong Yew Sin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin menyifatkan tindakan segelintir individu yang melontarkan ugutan serta ancaman untuk mencederakan dirinya dan rakannya, Teo Ee Yi sebagai perbuatan keterlaluan dan melampaui batas.

Yew Sin mengakui meskipun sudah lali berdepan kritikan peminat setiap kali tewas dalam kejohanan, ancaman keselamatan yang diterima susulan kekalahan di pusingan pertama Indonesia Masters baru-baru ini adalah insiden pertama yang melibatkan niat jahat serta boleh menjejaskan keselamatan mereka.

“Saya tidak kisah terima kritikan. Biasanya orang akan komen pasal prestasi atau kekalahan, itu perkara biasa. Tapi kali ini sudah melibatkan ugutan untuk mencederakan, itu sudah melampau dan berbahaya,” katanya.

Terdahulu, Yew Sin berkongsi di laman Instagram miliknya, termasuk ancaman terhadap Ee Yi sekiranya gandingan itu terus mempamerkan aksi mengecewakan.

Menurut Yew Sin, pendedahan itu dibuat unuk memberi kesedaran umum bahawa budaya ‘toksik’ sedemikian tidak sepatutnya wujud dalam sukan, selain menyedarkan tindakan pelaku bahawa perbuatan tidak bermoral itu boleh membawa implikasi undang-undang.

“Sebenarnya saya tidak mahu sangat kongsi perkara seperti ini, tetapi saya rasa orang perlu tahu. Bukan saya sahaja, malah ramai atlet lain pun melalui perkara sama.

“Kalau nak komen atau tanya kenapa kami kalah, atau beri nasihat, itu masih boleh diterima. Tapi tak perlu sampai ugut nyawa atau nak cederakan orang. Tak ada guna pun buat macam itu dan akhirnya boleh menyusahkan diri sendiri,” katanya.

Mengulas kemungkinan membuat laporan polis, Yew Sin berkata dia akan mempertimbangkan perkara berkenaan dan berpandangan atlet yang berasa keselamatan mereka terancam wajar tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Kalau sesiapa rasa keselamatan mereka terganggu atau bimbang, lebih baik buat laporan polis. Untuk saya, saya sedang mempertimbangkannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yew Sin memberitahu fokusnya selepas ini terarah kepada siri kejohanan di Eropah, namun penyertaan mereka bergantung kepada kedudukan ranking semasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI