fbpx
Gambar hiasan

Dua individu dikenal pasti terlibat pemalsuan dokumen pemain warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti penglibatan dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semasa proses pendaftaran tujuh pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kedua-dua individu berkenaan kini sedang dikesan bagi membantu siasatan lanjut.

“Usaha untuk mengesahkan identiti sebenar serta mengesan kedua-dua individu yang terlibat sedang giat dijalankan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang didaftarkan di bawah FAM.

Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak 45 laporan polis, termasuk satu laporan rasmi daripada FAM, selain merakam percakapan 43 orang saksi melibatkan FAM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta saksi awam bagi melengkapkan siasatan.

Rusdi berkata, hasil siasatan awal mendapati proses pemberian taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian kepada tujuh pemain warisan berkenaan dilakukan secara teratur dan mengikut semua prosedur undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun jelas beliau, siasatan seterusnya kini memfokuskan kepada elemen penipuan dan pemalsuan dokumen semasa proses pendaftaran pemain serta pengemukaan dokumen berkaitan kepada FIFA.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI