fbpx
Anwar.

Perjanjian ART belum dimuktamad, masih peringkat rundingan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat masih belum dimuktamadkan sepenuhnya serta belum berkuatkuasa.

Ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, perjanjian itu masih di peringkat rundingan dan Malaysia belum lagi menghantar pemberitahuan bertulis berhubung perjanjian itu.

Malah kata beliau, negara masih mempunyai masa untuk berunding berkaitan isi kandungan perjanjian itu kerana belum mencapai tarikh akhir untuk dimuktamadkan.

“Kita belum sampai ke tarikh yang dimuktamadkan. Apabila ada perjanjian dia akan bagi ‘deadline’ (tarikh akhir) untuk kita muktamadkan. Sekarang ini masih lagi di peringkat rundingan.

“Saya ada maklum dengan menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dan hubungi beberapa jalur lain untuk mendapatkan penjelasan,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang bertanya sama ada Malaysia sudah menghantar pemberitahuan bertulis kepada AS berhubung ART.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI