fbpx
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Juru, pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Suami tersepit, isteri dan tiga anak terselamat kereta masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Lima beranak berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di Kilometer 130.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara dekat Juru di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta jenis Honda Jazz berusia 41 tahun dilaporkan tersepit di ruangan hadapan manakala isterinya berumur 42 tahun bersama tiga anak berusia tujuh, sembilan dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.56 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa kemalangan melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

“Kemalangan melibatkan lima individu yang menaiki sebuah kereta Honda Jazz. Empat mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba di lokasi. Mereka dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta yang tersepit telahpun dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 5.42 pagi tadi dan dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian belakang badan.

“Pemandu terbabit seterusnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 6.06 pagi tadi,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN