fbpx
Jabatan Imigresen menahan seorang ejen sedang melakukan transaksi penyerahan seorang pembantu rumah kepada majikan di sebuah premis makanan.

Sanggup berhutang RM3,000 mahu datang ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Derita dua amah warga Indonesia menjadi buruh paksa dan pemerdagangan orang berakhir termasuk didera secara fizikal berakhir selepas mereka diselamatkan dalam operasi di Kapar dan Bukit Jelutong di sini, baru-baru ini.

Kedua-dua mereka yang berusia 38 dan 54 tahun diselamatkan pada 6 dan 12 Januari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan mendapati dua wanita asing itu dieksploitasi oleh ejen pembantu rumah yang beroperasi secara haram.
Katanya, mangsa pertama yang diselamatkan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) yang masih sah, namun dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah.

“Dia menanggung hutang RM3,000 bagi kos perjalanan yang dilunaskan melalui potongan gaji bulanan. Majikan pula dikenakan bayaran RM8,000 oleh ejen sindiket tersebut.

“Sindiket itu menawarkan perkhidmatan pembantu rumah menerusi aplikasi WhatsApp dengan menjanjikan gaji bulanan sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi kedua di Bukit Jelutong, pihaknya mendapati mangsa dipaksa bekerja di sebuah kediaman yang diubah suai menjadi premis perniagaan makanan.

Salah seorang amah yang diselamatkan dalam operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen di sekitar Kapar dan Bukit Jelutong.

Mangsa dipercayai bekerja hampir sebulan selepas diserahkan kepada majikan dengan bayaran RM14,000.

“Siasatan mendapati mangsa dipaksa bekerja melebihi tempoh masa ditetapkan, manakala pasport dan telefon bimbitnya dipegang sindiket sehingga terputus hubungan dengan ahli keluarga.

“Mangsa mengalami trauma disebabkan penderaan fizikal dan mental. Pergerakannya juga dikawal ketat,” katanya.

Susulan itu, Zakaria berkata, dua warga tempatan termasuk seorang ejen berusia 38 tahun ditahan ketika melakukan transaksi penyerahan pembantu rumah kepada majikan di sebuah premis makanan.

Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN