fbpx
JENAZAH Allahyarham Izzat Izzuddin selamat tiba di Masjid Jamek Al-Faizin, Kampung Parit Semerah, Pontian pagi hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

Nahas Thailand: Jenazah Izzat Izzuddin selamat tiba di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Jenazah rakyat Malaysia, Izzat Izzuddin Onn yang terkorban dalam kemalangan langgar lari di Chaiya, Thailand semalam selamat tiba kampung halaman keluarga mentuanya di Kampung Parit Semerah di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Izzat Izzuddin yang diuruskan pihak pengurusan Murtadha Dakwah Centre tiba kira-kira pukul 10.10 pagi di Masjid Jamel Al-Faizin di sini untuk disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Semerah.

Pihak Murtadha Dakwah Centre memaklumkan, jenazah Allahyarham Izzat Izzuddin dituntut ahli keluarga selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Chaiya, Thailand sebelum dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 11 malam tadi.
Jenazah kemudiannya dibawa ke sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah untuk urusan kafan sebelum dibawa pulang ke Pontian pada pukul 2.30 pagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Izzat Izzuddin, 39, terkorban selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trak pikap di daerah Chaiya, Thailand, pagi semalam.

Menurut laporan Balai Polis Chaiya, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi waktu tempatan apabila sebuah trak pikap Toyota dipandu penduduk tempatan dilaporkan menyeberang dari arah kiri jalan ke laluan pusingan U sebelum merempuh motosikal mangsa.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Chaiya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN