fbpx
PERKONGSIAN foto Ben Amir berbusana pengantin bersama kekasihnya, seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka sudah berkahwin.

Berbusana pengantin ‘tunggu bot’, Ben Amir sudah nikah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tunggu bot sekejap.”

Demikian kapsyen pada perkongsian gambar pelakon Ben Amir bersama kekasihnya, Liana Alara yang menggayakan persalinan tradisional seolah-olah busana pengantin.

Seolah-olah mengajak khalayak berteka-teki, hantaran dalam Instagram Ben atau nama sebenarnya Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 36, mengundang perhatian apabila ramai menyangka mereka sudah bernikah.

Berlatar belakangkan sebuah jeti ditempatnya bermastautin iaitu Pulau Siargau, Filipina, pasangan terbabit tampak manis bergaya dengan kekasihnya lengkap berselendang dan berbaju kurung, manakala Ben segak berbaju Melayu bersama songkok.

Menguatkan lagi telahan apabila pelakon filem Bomba: Legasi the Movie itu turut menyebut nama pereka fesyen Zaimi Zulkafli dipercayai yang menyiapkan persalinan Ben dengan wanita asal Filipina itu.

Bahkan, menjengah ke ruangan komen ramai pengikut termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Ben bersama pasangannya yang juga warga Filipina itu.

“Akhirnya, tahniah Kaef (nama watak dalam sebuah drama Chandelier),” tulis aktres Mimi Lana.

“Tahniah,” kata penyanyi, Nabila Razali.

Begitupun, Ben dilihat belum membalas sebarang komen atau memperincikan butiran foto berkenaan.

Sebelum ini, bekas peserta Hero Remaja itu tanpa berselindung mengakui hatinya sudah dimiliki Liana itu yang dikenali sejak dua tahun lalu.

Pada 10 November 2025, Ben berkongsi khabar gembira kekasihnya itu sudah memeluk agama Islam namun belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN