fbpx
Maizatul Akma menunjukkan gambar Allahyarham Muhammad Naim yang lemas di Sungai Bunut Payong, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Saya tidak pernah sangka arwah akan lemas di situ – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Niat murni Muhammad Naim Zahir Alam, 12, untuk menyelamatkan dua daripada tiga rakan yang lemas ketika mandi di Sungai Bunut Payong di sini hari ini berakhir tragedi apabila kanak-kanak itu lemas.

Ibu mangsa, Maizatul Akma Zakaria, 45, berkata, anaknya yang masih memakai uniform sekolah menunggang basikal bersama tiga rakan ke sungai tersebut pada pukul 3 petang.

“Saya tahu dia pernah ke sungai itu untuk memancing bersama rakan-rakannya, tetapi tidak pernah menyangka arwah akan lemas di situ. Apabila pengasuh beritahu dia lemas pukul 3.10 petang, saya bergegas ke lokasi dan mendapati pihak bomba sedang mencari Muhammad Naim.

“Saya berasa terkilan kerana tidak sempat membelikan pakaian sukan sekolah untuk arwah yang baru empat hari kembali ke sekolah,” kata kerani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan itu ketika ditemui di Sungai Bunut Payong hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ahmad Fakarudin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.07 petang sebelum mangsa ditemukan di dasar sungai pada kedalaman dua meter pukul 4.15 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN