fbpx
Beginilah keadaan kawasan pembuangan sampah di Kampung Labu Lanjut, Sepang.

Luahan Pembaca: Tong ada, nak juga buang kat luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sikap suka membuang sampah merata-rata merupakan masalah kebersihan awam yang serius di negara ini dan boleh mencemarkan imej sesuatu kawasan, selain menjadi tempat pembiakan haiwan perosak seperti tikus.

Lebih parah apabila ‘hasil buangan’ itu dilonggok di luar tong sampah biarpun kemudahan telah disediakan pihak berkuasa. Situasi ini boleh dilihat di Kampung Labu Lanjut, Sepang, Selangor.

Orang ramai tanpa rasa bersalah membuang sampah di luar tong besar yang disediakan di situ. Ini mengundang persoalan mengenai adab, sikap dan mentaliti masyarakat yang ada pada masa ini.

Pemandangan seperti itu bukan sahaja menyakitkan mata, tetapi turut meninggalkan bau busuk selain mengundang ‘kehadiran’ haiwan perosak seperti tikus, monyet serta anjing liar.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak berwajib boleh memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi pembuangan sampah itu, sekurang-kurangnya mereka yang ada keinginan untuk berbuat demikian berfikir banyak kali kerana perbuatan mereka dipantau pihak lain.

Selain itu, perlu ada kesedaran sivik dalam jiwa masyarakat dan mesti bermula dari rumah atau sejak kecil serta bertimbang rasa dengan orang lain terutama pekerja pembersihan yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Fikirlah, jika kita membuang sampah di tempat sepatutnya, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN