fbpx
Doktor dan jururawat daripada wad Ginekologi Hospital Al-Sultan Abdullah Puncak Alam, Kuala Selangor menunjukkan bayi yang lahir pada 1 Januari 2026. -FOTO: AFIQ RAZALI

Bayi tahun baharu serikan empat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Detik sambutan tahun baharu menjadi lebih bermakna kepada empat pasangan suami isteri apabila bayi mereka dilahirkan termasuk kelahirannya dipercepatkan akibat komplikasi kehamilan.

Bagi Ainal Kamalia Abdul Wahib, 36, kelahiran anak perempuannya, Jelita Arabella Ahmad Awalli, terpaksa dipercepatkan selepas doktor mengesan bayi dalam kandungan terbelit tali pusat.

Menurutnya, anak tersebut dijangka dilahirkan pada 19 Januari ini, namun dia dimasukkan ke hospital pada pagi kelmarin selepas mengalami sakit perut.

“Apabila doktor membuat pemeriksaan, mereka mendapati bayi tersepit tali pusat dan menasihatkan supaya bayi dilahirkan segera pada hari sama demi keselamatan.

“Susulan itu, saya terpaksa melahirkan Jelita Arabella melalui pembedahan Caesarean berbanding tiga anak sebelum ini secara normal,” katanya ketika ditemui di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN