fbpx
Khairul Anwar memberi nasihat kepada tiga pemuda yang ditahan setelah didapati positif dadah jenis ganja selepas berhibur sempena Tahun Baharu di Thailand.

‘Entah kenapa, macam dipukau beli ganja di Hatyai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Tiga rakan yang ditahan kerana positif dadah jenis ganja selepas bercuti di Koh Samui, Thailand mendakwa membeli bahan terlarang itu yang dijual di kaki lima negara jiran tersebut pada harga RM8.

Ketiga-tiga pemuda berusia 23 tahun itu dicekup dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sempena Tahun Baharu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada pukul 3 petang semalam.

Mereka menunggang kapcai dari Johor dan mendakwa kali pertama bercuti di negara Gajah Putih itu.
Seorang pemuda berkata, mereka bertiga mengambil bahan terlarang itu di Hatyai setelah ditawarkan oleh seorang penjual tempatan di kaki lima pada harga sekitar RM8 sebatang.

“Ia dalam bentuk rokok. Lelaki itu yang mendesak kami mencuba kerana katanya di Thailand tidak salah, bila lagi nak cuba? Entah kenapa, macam dipukau, terus kami terima. Satu batang sahaja kami kongsi bertiga.

“Itu kali pertama kami ambil benda terlarang ini, sekadar nak cuba-cuba. Tidak sangka kesannya melarat sampai macam ini. Sememangnya kami menyesal,” luahnya.

Tambahnya, dia sedih dengan kejadian itu kerana turut menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa bapa kandungnya meninggal dunia sebelum ditahan dalam operasi tersebut.

“Memang saya menyesal dengan perbuatan kami ini. Ayah saya meninggal dunia dan kemudian kena tahan pula sebab ambil ganja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI