fbpx
Peperangan dan penjajahan di Palestin, Syria, Sudan, Somalia dan Yemen bukan sahaja memusnahkan struktur sosial, malah mewariskan trauma dan kemiskinan merentas generasi.

Apabila manusia dinilai dengan angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Derita umat Islam pada era kontemporari tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil yang berpunca daripada kelemahan moral individu atau kekurangan penghayatan rohani semata-mata.

Hakikatnya, penderitaan ini adalah manifestasi kepada sejarah panjang ketidakadilan, peperangan berpanjangan, eksploitasi sumber serta kemiskinan yang didorong oleh sistem ekonomi global yang mengutamakan keuntungan berbanding kemanusiaan.

Dalam konteks ini, dakwah Islam tidak wajar terus terperangkap dalam kerangka ritual dan retorik sempit. Dakwah perlu berani melangkah ke medan yang lebih kritikal dengan memperjuangkan ekonomi manusiawi.

Sejak beberapa dekad lalu, umat Islam di pelbagai wilayah dunia berdepan nasib yang hampir seragam meskipun berlainan latar geografi.

Peperangan dan penjajahan di Palestin, Syria, Sudan, Somalia dan Yemen bukan sahaja memusnahkan struktur sosial, malah mewariskan trauma dan kemiskinan merentas generasi. Konflik yang berpanjangan menjadikan kehidupan seharian rakyat terikat kepada bantuan kemanusiaan dan hutang.

Di Asia pula, termasuk Malaysia, Indonesia dan Bangladesh, jurang ketidaksamarataan pendapatan semakin melebar.

Golongan peniaga kecil, pekerja bawahan dan sektor tidak formal terus terhimpit dalam sistem pasaran yang meminggirkan mereka, walaupun ekonomi negara mencatat pertumbuhan. Kekayaan bertumpu kepada segelintir elit, manakala majoriti masih tersepit.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, penderitaan umat tidak boleh difahami secara terpisah daripada struktur ekonomi global yang menekan dan menindas, khususnya terhadap negara-negara membangun.

“Sistem ini sering memaparkan kejayaan ekonomi sebagai hasil usaha individu semata-mata, sedangkan realiti penindasan struktur, ketidaksamaan akses dan eksploitasi global diketepikan.

“Neoliberalisme bertuhankan pasaran dan menjadikan manusia sekadar objek ekonomi. Nilai insan diukur berdasarkan produktiviti dan keuntungan, manakala kejayaan masyarakat dinilai melalui angka pertumbuhan tanpa mengambil kira keadilan sosial dan kesejahteraan bersama.

“Akibatnya, kekayaan tertumpu dalam kalangan minoriti, sementara majoriti hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya kepada Kosmo!.

Dalam era globalisasi, banyak negara Islam terus terperangkap dalam kebergantungan hutang serta pemaksaan dasar ekonomi yang memihak kepada korporat antarabangsa.

Ujar Mohd Azmi, sumber alam dieksploitasi secara besar-besaran, tetapi manfaatnya gagal dinikmati oleh rakyat tempatan. Negara kaya sumber seperti Sudan dan Libya kekal miskin apabila hasil negara mengalir keluar ke tangan kuasa besar.

Situasi di Palestin memperlihatkan bagaimana penguasaan tanah, air dan sumber alam dilaksanakan melalui instrumen ekonomi yang melengkapi kekerasan ketenteraan. Realiti ini membuktikan bahawa penderitaan umat mempunyai akar struktural yang mendalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN