fbpx
Muhyiddin.

Jasa Muhyiddin tetap dikenang dan diingati – Pemuda Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segala jasa dan khidmat bakti Tan Sri Muhyiddin Yassin selama memimpin Perikatan Nasional (PN) dan Malaysia sebelum ini tetap akan dikenang dan diingati.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keputusan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN satu tindakan yang berjiwa besar dan sangat dihormati.

“Menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19 dan memulihkannya semula sehingga kita kembali hidup seperti sediakala hari ini. Itu jasa yang amat besar kepada kita semua. Sejarah itu tidak boleh diubah.

“Segala pandangan yang pernah saya ungkapkan sebelum ini, sedikit tidak mengurangkan rasa hormat dan sanjung kepada Tan Sri, lebih-lebih lagi Tan Sri sebagai ‘Abah’ orang yang lebih berusia dan berpengalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi berkata, beliau memohon maaf sekiranya pernah membuat kenyataan yang menyebabkan Muhyiddin berasa tidak senang atau tersinggung.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang isu peribadi dengan Muhyiddin, sebaliknya hanya menyuarakan ketegasan untuk kebaikan bersama dalam PN.

“Walau nakhoda kapal berganti, kapal ini mesti terus belayar menempuh ombak dan badai, hingga sampai ke destinasi.

“Mewakili seluruh jentera Pemuda PN dan Pemuda Pas, kami ucapkan terima kasih Tan Sri. Jasamu kami kenang sampai akhir hayat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI