fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan sebuah treler bergesel dengan kereta di laluan masuk ke R&R Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka, semalam.

[VIDEO] Lagi treler gesel kereta di R&R Ayer Keroh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu lagi insiden sebuah treler bergesel dengan kenderaan yang menghalang laluan masuk ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka, semalam.

Menerusi hantaran di TikTok, kejadian itu dipercayai berulang selepas cuba memasuki laluan ke R&R sebelum merempuh sekali gus menyebabkan kesesakan dan kerosakan pada kereta yang diparkir di bahu jalan.

“Hari ini, 29 Disember, Ayer Keroh parking lagi, rasanya kereta ini jadi macam cerita semalam, tempat yang sama, cuma hari yang berbeza, rangup macam ayam goreng,” katanya.

Video berdurasi 33 saat itu memaparkan sebuah treler menghimpit sebuah kereta jenis utiliti sukan yang parkir di bahu jalan selekoh.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah treler yang melanggar tiga kenderaan di lokasi sama, kelmarin, disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mengecam tindakan pemandu kereta yang tidak serik dengan insiden tersebut.

“Semua pemandu lori akan melakukan yang terbaik. Kes semalam pun kira yang terbaiklah sebab dia gesel sikit sahaja,” komen @Pokyaptn.

“Sekurang-kurangnya bagi ada ruang untuk memudahkan semua pihak. Kalau parkir ikut suka hati, pihak insuran tak tolong,” komen @Mohamadaliasayob1.

“Pemandu kereta, tolong parkir di kawasan yang strategik dan betul. Jangan parkir di tempat parkir kenderaan lain. Sekadar berpesan satu sama lain agar tak menyusahkan orang lain,” komen @Rieysaabara. – KOSMO! ONLINE

@wakbobot nasib baik, abg lori baik🤭🤭 #fyppppppppppppppppppppppp #info #fyp #fypシ ♬ suara asli – pemanen sawit viral – kardi MDR 07

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN