PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Menurutnya, hujan lebat juga diramal di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Di Pahang, cuaca diramal buruk di Maran dan Bera manakala di Selangor adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat).
“Cuaca sama turut dijangka di Negeri Sembilan (Jempol) dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” katanya.
Sementara itu di Sarawak, MetMalaysia berkata cuaca diramal hujan lebat di Kuching (Lundu), Sarikei Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Hujan lebat juga diramal di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) serta Labuan,” ujarnya.
Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.- KOSMO! ONLINE














