Tangkap layar CCTV gempa bumi sekitar Bukit Kepong, Pagoh semalam.

‘Ingat bergegar sebab lori, rupanya gempa bumi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Penduduk di beberapa kampung di sekitar Bukit Kepong, Pagoh di sini cemas apabila merasai gegaran susulan kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku pada pukul 8.55 pagi semalam.

Seorang penduduk dari Kampung Jawa Lenga, di sini, Siti Noorseha Azni, 36, berkata, ketika kejadian dia sedang bersarapan pagi bersama ibunya di dalam rumah.

“Pagi tadi saya bersarapan dengan emak, tiba-tiba rasa gegaran di kaki. Mulanya ingat ada lori lalu depan rumah, saya bergegas keluar untuk meninjau sama ada kenderaan berat melalui jalan di hadapan rumah tapi tak ada.

“Bila saya baca kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), barulah saya tahu rupanya ada gempa dekat Bukit Kepong.

“Kalau tak silap dua kali saya merasai gegaran dan ia berlaku hanya beberapa saat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, penduduk Felda Sri Ledang, Mohamad Sunizam Bakar, 36, kejadian ini adalah terkuat selepas dua kali melalui ketika gempa pertama berlaku di Segamat.

Menurutnya, walaupun kedudukan rumahnya di tengah-tengah antara Segamat, Tangkak dan Muar, insiden pukul 8.55 pagi tadi masih dirasai.

“Sebelum itu, saya di rumah sedang menonton televisyen, lepas bumbung rumah bergegar. Saya pun tanyalah penduduk sekitar Jementah, Segamat, Felda Sri Jaya dan mereka pun memberitahu merasai benda sama.

“Ada kawan di Bukit Kepong memberitahu, memang terdengar letupan kuat dan ada rumah penduduk bergegar tetapi ianya terjadi kitra-kira dua saat.

“Kejadian itu mengingatkan perkara berlaku pada waktu Subuh di Segamat, Ogos lalu. Kami di sini merasai tapi tidaklah sekuat ini walaupun tiada kerosakan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Muhd Aiman Nazir, 24, berkata, gegaran turut dirasai di Kampung Durian Daun yang menyebabkan dia sekeluarga ketakutan.

“Kami memang tidak sedar kerana ketika ini hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Saya waktu itu sedang baring dan kemudiannya terasa bergegar,”katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memberitahu gempa bumi lemah dengan kekuatan 3.4 magnitud berlaku di Bukit Kepong, Pagoh pukul 8.55 pagi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN