fbpx
KEADAAN sebuah lori treler yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 132 Jalan Kuantan-Seremban di Rompin, hari ini.

Peneroka maut, treler dipandu lelaki ada 16 rekod saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Sebuah treler dipandu lelaki dengan 16 rekod saman pelbagai kesalahan jalan raya bertembung dua buah kenderaan dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 132 Jalan Kuantan-Seremban, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu menyaksikan treler berkenaan bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi Xpander dan kereta jenis Nissan Almeera.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian menyebabkan penumpang kenderaan jenis Mitsubishi Xpander, So’id Lebai Hamid, 68, maut di lokasi kejadian.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, semasa kejadian treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Keratong menghala ke Muadzam Shah manakala MPV dan kereta dari arah Muadzam menghala ke Seremban.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai treler dipandu lelaki berusia 37 tahun hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar MPV dan kereta yang sedang bergerak lurus di laluan sah.

“Akibat kemalangan tersebut, penumpang belakang kenderaan jenis Mitsubishi Xpander meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya mayat mangsa di bawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan giat dilakukan dan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dengan permukaan jalan rata dan semasa kejadian jalan basah dan cuaca hujan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu treler ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN