fbpx
YONG MING (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya menunjukkan Proton Saga baharu yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah kepada pelanggan yang membeli durian di gerainya di Umbai, Jasin. - Foto oleh AMRAN ALI /KOSMO!

Peniaga durian ‘belanja’ Proton Saga untuk pelanggan bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Seorang peniaga durian di Umbai di sini tampil dengan idea luar biasa apabila menawarkan sebuah kereta Proton Saga baharu bernilai hampir RM40,000 sebagai hadiah utama cabutan bertuah bagi menarik lebih ramai pelanggan ke gerainya.

Pemilik gerai, How Yong Ming, 29, berkata, promosi yang bermula awal Jun sehingga 30 Ogos ini merupakan kali pertama diperkenalkan sejak dia bersama beberapa rakan kongsi mengusahakan perniagaan durian di tapak berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, selain Proton Saga, mereka turut menyediakan dua buah motosikal, televisyen, peti sejuk dan hamper dengan keseluruhan nilai hadiah melebihi RM50,000 sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.

“Kami memang sengaja buat kelainan tahun ini, idea ini datang daripada saya dan rakan kongsi untuk tarik lebih ramai pelanggan datang beli durian.

“Tak sangka sambutan sangat menggalakkan dan ada pelanggan datang semata-mata sebab nak cuba nasib menang kereta, sekali terus beli durian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di gerainya di Umbai, di sini, hari ini.

Katanya, pelanggan yang berbelanja minimum RM100 layak menerima satu kupon cabutan bertuah, manakala pembelian RM300 memperoleh lima kupon dan RM500 pula melayakkan pelanggan menerima 10 kupon.

“Majlis cabutan bertuah akan diadakan pada 30 Ogos depan dengan konsep yang berbeza apabila pemenang hadiah-hadiah kecil akan mencabut nama pemenang hadiah yang lebih besar sehingga hadiah utama Proton Saga,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN