fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Orang Islam tak boleh pakai topi Santa Claus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemakaian seperti topi Santa Claus oleh orang Islam atau apa sahaja perhiasan dan pakaian berkaitan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.

Menerusi penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan itu.

“Apatah lagi jika di rumah, pejabat atau tempat itu mempunyai jumlah orang Islam yang lebih ramai. Sebagai umat Islam, digalakkan untuk menghormati dan mematuhi garis panduan, hukum yang telah ditetapkan.

“Jadikanlah hari cuti perayaan sempena Krismas sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan kita. Hormati perbezaan budaya yang ada dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu telah dimuat naik pada 21 Disember 2020 di laman web rasmi dan ia dikongsikan semula pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun pada Instagram sebagai panduan umat Islam.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sekali lagi menegaskan, hukum menyambut Krismas bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan sambutan perayaan yang meraikan kelahiran Jesus Christ dan tidak dibenarkan untuk meraikan sambutan perayaan agama lain.

“Bagaimanapun, diharuskan untuk mengucapkan ‘selamat menyambut Krismas’ atau ucapan selamat untuk hari perayaan orang bukan Islam kepada individu yang beragama Kristian sekiranya diperlukan sahaja.

“Ini sebagai tanda menjaga hubungan baik sesama manusia dengan syarat tidak ada sedikitpun rasa reda terhadap agama mereka, tidak memuji dan memuliakan serta tidak menggunakan simbol atau lambang keagamaan mereka dalam ucapan tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, orang Islam dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ia diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal.

“Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri,” jelas Pejabat Mufti Wilayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN