fbpx
Gambar hiasan.

Hujan berterusan di Terengganu, Kelantan hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Semenanjung termasuk Terengganu dan Kelantan bermula Khamis hingga 29 Disember ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan beberapa kawasan termasuk di seluruh negeri Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan.

“Di Kelantan, amaran hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh hingga 28 Disember ini. Selain itu, cuaca yang sama turut dijangka berlaku di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin bermula Jumaat sehingga 29 Disember.

“Di Johor, amaran hujan berterusan dalam waspada diramal di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi bagi maklumat terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN