fbpx
Gambar hiasan

Pengeluaran ayam, itik di Malaysia 1.29 bilion ekor setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kuantiti ternakan ayam dan itik di Malaysia sebanyak 1.29 bilion setahun berdasarkan laporan Banci Pertanian 2024 bagi tahun rujukan 2023 yang diterbitkan hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pendapatan hasil ternakan ayam dan itik bagi tahun 2023 adalah RM21 bilion berbanding perbelanjaan RM10 bilion.

“Pegangan pertanian (ternakan ayam dan itik) melibatkan 7,734 individu dan 1,143 pertubuhan. Nilai pendapatan bagi tiga negeri teratas adalah Johor (RM4.3 bilion), Negeri Sembilan (RM4 bilion) dan Perak (RM2.8 bilion)

“Tiga daerah teratas pengeluaran ayam dan itik adalah Tampin, Negeri Sembilan sebanyak 210.2 juta ekor; Jasin, Melaka (74.7 juta ekor) dan Tangkak, Johor (73.4 juta ekor),” katanya pada Majlis Peluncuran Laporan Banci Pertanian 2024 secara dalam talian hari ini.

Mohd. Uzir berkata, pengeluaran telur ayam dan itik di Malaysia pula adalah sebanyak 12.3 bilion biji setahun yang menghasilkan pendapatan RM6 bilion berbanding perbelanjaan RM4 bilion.

Menurut beliau, Johor mencatatkan kuantiti pengeluaran keseluruhan telur ayam dan itik tertinggi iaitu 3.01 bilion biji, diikuti Melaka (2.6 bilion biji) dan Negeri Sembilan (1.3 bilion biji)

Kata beliau, tiga daerah teratas sebagai pengeluar utama adalah Alor Gajah, Melaka sebanyak 1.7 bilion biji; Batu Pahat, Johor (1.5 bilion biji) dan Jasin, Melaka (925.5 juta biji) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN