fbpx
Tangkap layar rakaman dashcam kenderaan berkenaan.

[VIDEO] RM2.30 dah kena ‘telan’, selang dua saat palang tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu mengalami detik cemas apabila kenderaannya dihempap palang plaza tol selepas membuat pembayaran, semalam.

Menerusi rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan tersebut, terlihat bayaran tol berjumlah RM2.30 telah ditolak daripada kad debit pemandu dan palang tol terangkat untuk memberi laluan.

Bagaimanapun, dalam sekelip mata sekitar selang dua saat sahaja, palang tersebut menurun semula dan terkena cermin kenderaan.
Menurut pemandu terlibat yang menggunakan akaun TikTok, Fendy Roos, kejadian itu berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) sekitar pukul 8.21 pagi tadi.

“Lepas sentuh tag kad debit, palang buka dan bila dah jalan palang tol tiba-tiba tutup. Allahuakbar, nasib cermin kereta tak pecah,” katanya.

Pemandu turut memaklumkan, ketika kejadian dia sempat memberhentikan kereta bagi mengelak impak yang lebih serius.

“Kena sikit, tapi aku sempat break (berhenti). Belakang tak ada kereta. Hari-hari lalu sini, kali pertama kena,” jelasnya.

Rakaman yang mendapat perkongsian ramai pengguna itu turut menerima pelbagai reaksi dan rata-ratanya berharap pihak pengurusan lebuh raya dapat menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan sistem palang tol berada dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik.

“Keselamatan pengguna perlu diutamakan, kena ada kekerapan untuk buat pemeriksaan pada palang plaza tol. Fungsi dengan baik atau tidak. Ini mujur nampak macam tak ada yang serius,” kata Fatin.

“Sayang dah dua kali kena dan sangat remeh nak minta ganti rugi. Kalau orang tua macam mana? Pandai ke nak buat online (dalam talian). Serabut,” komen @Wife ejat. – KOSMO! ONLINE

@fendy_roos Kejadian Berlaku di Tol Lebuhraya NPE. lepas Tag Debit Card, Palang buka, bila dah jalan palang Tol tiba2 tutup. Allahuakbar. Nasib cermin kereta tak pecah. #NPE #kualalumpur #tol #fyp #accident ♬ original sound – Fendy Roos

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI