PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah serta Labuan.
“Antara kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama dan Hilir Perak di Perak manakala Temerloh, Maran dan Bera di Pahang.
“Selain itu, amaran melibatkan kawasan lain yang terlibat adalah seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Hujan berterusan turut berlaku di Negeri Sembilan adalah Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin manakala seluruh negeri Melaka turut terlibat dalam ramalan cuaca buruk itu,” katanya.
Bagi negeri Sarawak, Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang turut terlibat.
Di Sabah, Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) serta Labuan. –KOSMO! ONLINE














