fbpx
Sutheson Pillay bersama tiga anaknya menunjukkan MyKad yang diterima di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Tiga beradik akhirnya dapat MyKad lepas sedekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penantian lebih sedekad tiga beradik untuk memiliki MyKad akhirnya berakhir apabila mereka menerima kad pengenalan masing-masing, hari ini.

Kegembiraan itu diraikan Lucas Naathan Pillay,15; Hakkash Yesu Naathan Pillay,14, serta Angelina Pillay,12, yang sebelum ini hanya bergantung kepada sijil kelahiran bukan warganegara daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bapa kepada kanak-kanak itu, M.P. Sutheson Pillay, 45, berkata, dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga Indonesia sebelum berpisah pada 2015.

“Ketiadaan MyKad memang menyukarkan urusan mereka terutama melibatkan persekolahan, kesihatan dan pelbagai bantuan kerajaan.

“Kami bersyukur kerana penantian sejak sekian lama berakhir dan berasa lebih ‘bebas’ di bumi tercinta ini,” katanya sebak ketika ditemui Kosmo!.

Tiga beradik itu antara 100 individu yang diraikan pada majlis Santuni Penerima Dokumen Pengenalan Diri di bawah program Mysel yang disempurnakan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu.

Sutheson yang merupakan juruteknik memaklumkan memperuntukkan lebih RM1,000 sebulan bagi menampung kehidupan anaknya terutama aspek pendidikan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN