fbpx
Li duduk di dalam tandas terlalu lama hingga mencapai empat jam. - Shutterstock

Pergi tandas terlalu lama, jurutera hidap buasir dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang jurutera di timur China dipecat kerana kerap pergi ke tandas yang mengambil masa lebih sejam meskipun dia mendakwa dirinya menghidap buasir, lapor portal berita South China Morning Post.

Lelaki bernama Li dari wilayah Jiangsu, diberhentikan kerja kerana pergi ke tandas 14 kali sehari, dengan tempoh paling lama empat jam antara April hingga Mei 2024.

Kes itu dilaporkan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja Shanghai baru-baru ini selepas lelaki tersebut menyaman syarikat dia bekerja kerana penamatan kontrak pekerjaan secara tidak sah.

Li menunjukkan ubat buasir yang dibeli oleh pasangannya pada Mei hingga Jun tahun lepas serta rekod pembedahannya dari Januari tahun ini.

Dia kemudian menyaman syarikat itu dan meminta pampasan sebanyak 320,000 yuan (RM186,000) atas penamatan kontrak secara tidak sah.

Syarikat tersebut kemudian mengemukakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang mendokumentasikan kunjungan Li yang kerap dan lama ke tandas.

Mahkamah percaya bahawa masa yang dihabiskan Li di tandas adalah jauh melebihi keperluan fizikalnya.

Selain itu, Li juga gagal memberitahu syarikat tentang keadaan kesihatannya atau memohon cuti sakit terlebih dahulu, seperti yang dikehendaki oleh kontrak.

Tambah syarikat itu, Li gagal memberi sebarang respons apabila majikan menghubunginya melalui aplikasi sembang ketika dia pergi ke tandas.

Selepas dua perbicaraan, syarikat tersebut akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan kes itu dengan membayar pampasan sebanyak 30,000 yuan (RM17,000) kepada Li setelah mempertimbangkan sumbangannya dan kesukaran dialaminya selepas dipecat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN