fbpx

Kuota lima peratus untuk pegawai bomba wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menetapkan kuota pengambilan pegawai wanita bagi gred lantikan pada masa ini sebanyak lima peratus.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, peratusan tersebut merangkumi jumlah keseluruhan pengambilan pegawai bomba berdasarkan keperluan semasa jabatan.

“Pada masa ini, terdapat 643 orang anggota bomba wanita iaitu 4.82 peratus termasuk anggota dan pegawai yang sedang berkhidmat dengan JBPM,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar-BN) yang ingin tahu mengenai inisiatif diambil kementerian untuk menambah bilangan anggota bomba wanita khususnya dalam kalangan pegawai di dalam JBPM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI