fbpx
Jasad seorang bayi ditemui di dalam lori sampah di Bukit Jalil.

Buang janin: Perut dan tengkorak kepala pecah, tali pusat putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis merakam percakapan empat individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan janin dalam lori sampah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, siasatan awal mendapati janin tersebut dianggarkan berusia 25 minggu.

“Pemeriksaan ke atas janin itu mendapati terdapat kecederaan di bahagian perut, tengkorak kepala pecah dan tali pusat putus,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan perkembangannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pekerja syarikat pembersihan menjumpai objek dipercayai janin ketika memunggah sisa di belakang lori sampah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN