fbpx
Perisian khas yang digunakan pensyarah bagi menyemak ketulenan tugasan penuntut universiti. Gambar kecil Dr. Nurfadzilah

Penuntut PhD juga kantoi guna ChatGPT buat tesis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Demi mengejar markah tinggi dan mahu lulus cemerlang, semakin ramai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) kini menyerahkan bulat-bulat tugasan akademik mereka kepada aplikasi ChatGPT.

Lebih mengejutkan, kecen­derungan itu juga dikesan dalam kalangan pelajar pascasiswazah termasuk calon Doktor Falsafah (PhD) yang menjadikannya teknologi kecerdasan buatan (AI) itu sebagai ‘penulis bayangan’ mereka.

Pensyarah Fakulti Kejurute­raan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ir. Dr. Nurfadzilah Ahmad ketika mendedahkan perkara itu memaklumkan hasil pemeriksaan menggunakan perisian khas mendapati trend itu semakin serius dan boleh menjejaskan integriti akademik.

“Saya sendiri kesan pelajar pascasiswazah saya guna ChatGPT terlalu banyak. Bila semak, penulisan AI bagi satu-satu kes adalah menghampiri 90 peratus.

“Sebab bila sudah berlebihan, sudah tentu bukan hasil usaha pelajar. Kita mahu mereka berfikir dan bukan bergantung sepenuhnya kepada ChatGPT,” kata­nya kepada Kosmo! di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurut beliau, sikap pelajar yang mahu cepat siap tugasan turut menjadi punca nilai kejujuran akademik semakin terhakis.

Katanya, meskipun belum ada garis panduan rasmi di peringkat fakulti, langkah tegas perlu diambil bagi mengekalkan integriti dan keaslian penulisan.

“Setakat ini belum ada arahan khusus daripada fakulti, tetapi saya tidak benarkan kandungan dijana AI melebihi 20 peratus,” tegasnya.

Nurfadzilah yang berkhidmat lebih sedekad sebagai pensyarah berkata, pengalaman luasnya membolehkan beliau mengenal pasti penulisan yang dijana AI walaupun tanpa bantuan perisian khas.

Tambahnya, sikap pelajar zaman kini yang enggan berpegang pada peribahasa bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian membuatkan isu penipuan akademik sukar diben­dung.

“Budak sekarang hanya mahu senang, dan mereka cenderung untuk mencari solusi mudah dan tidak mahu bersusah payah ­seperti dahulu. Dahulu kena ke perpustakaan cari bahan, tapi sekarang semua nak shortcut ­(jalan mudah).

Justeru, beliau akan memulangkan semula tugasan untuk diperbetulkan bagi memastikan piawaian dan integriti akademik terus dipatuhi pelajar.

“Saya akan pulang balik, sampai tujuh kali pembetulan, biarlah. Sampai mereka guna kebolehan mereka sendiri. Selagi tidak betul, saya tidak akan tandatangani tugasan mereka.

“Ini soal integriti akademik. Kalau dilepaskan akan menjejaskan reputasi universiti dan kualiti graduan yang dihasilkan,” tegasnya.

Jelasnya, trend penipuan menggunakan AI ini mula dikesan sejak tahun lalu seiring dengan mudahnya akses kepada aplikasi tersebut.

“Gejala ChatGPT bukan libatkan pelajar tempatan, malah turut dikesan dalam kalangan peserta antarabangsa juga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN