fbpx
Tangkap layar pasangan suami isteri menyambut hari ulang tahun di Istanbul.

[VIDEO] ‘Happy University pun boleh la’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sambutan ulang tahun perkahwinan sepasang suami isteri di Istanbul, Turkiye, mencuri perhatian ramai apabila kek yang dihidangkan tersilap ayat.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @annaniza75, kelihatan pasangan itu terkejut apabila mendapati kek yang dipesan terpampang tulisan ‘Happy 27th University’.

Namun, suasana bertukar ceria dengan gelak tawa selepas menyedari ayat yang salah.

“Pergi jauh-jauh nak sambut Happy University. Siapa pernah? Kita gelak saja tak perlu marah. Selamat ulang tahun suamiku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian tersebut.

“Pelajar paling lama ni, memang kena sambut jauh-jauh. 27 tahun tu,” seloroh Abang Rehat.

“Mesti jadi kenangan yang paling manis di ulang tahun ke 27 ni,” komen Noradilah.

“Memori terindah untuk pasangan. Saya pun ikut gelak. Paling seronok pemandangan tu cantik. Selamat ulang tahun ke 27 mak cik, pak cik,” kata Jessi Lo. – KOSMO! ONLINE

@annaniza75 Siapa pernah???🎉😂 Kita gelak je pastu kita request yg baru. X perlu #marah . Happy #anniversary suami ku. #semogabahagiaselalu #syukurselalu #university ♬ original sound – 4nn4niz4

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN