fbpx
Zizie Ezette kelihatan menangis teresak-esak sejurus tiba di Idang Residen untuk menziarah jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin. -Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

Zizie Ezette tiba dengan tangisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A Samad kelihatan hiba sambil menangis teresak-esak setibanya di kediaman Idang Residen, Luyang pagi tadi.

‎Tiba sekitar pukul 9.30 pagi ditemani anak-anak bagi menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.

‎Zizie Ezette bersama empat anak difahamkan baru tiba dari Kuala Lumpur.

‎Sejurus tiba, Zizie Ezette terus bergegas memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.

‎Beliau turut dilihat memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin sebaik melangkah masuk dalam suasana penuh hiba.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN