fbpx
THIAGO

Thiago mampu jejaskan peluang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang sensasi Brentford, Igor Thiago kini berada di landasan yang tepat untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak pemain kelahiran Brazil selama semusim dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebagai rekod, Thiago telah mencipta fenomena tersendiri apabila meledak 11 gol dalam 13 perlawanan musim ini selepas berhijrah daripada kelab Brugge tahun lalu dengan nilai perpindahan sebanyak £30 juta (RM163 juta).

Kini, Thiago hanya perlu memburu lima gol bagi memecahkan rekod jaringan semusim EPL yang dilakukan oleh pemain dari Brazil selepas Roberto Firmino, Gabriel Martinelli dan Matheus Cunha meledak 15 jaringan sebelum ini.

Namun, Thiago masih memerlukan masa yang lama sebelum dapat memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak EPL sepanjang zaman yang kekal dimiliki oleh Firmino yang meledak 82 gol secara keseluruhan ketika mewakili Liverpool.

Prestasi pemain berusia 25 tahun itu telah membuka mata beberapa kelab utama termasuk Aston Villa yang sedia membuat bidaan rasmi £50 juta (RM273 juta) pada jendela perpindahan Januari depan.

Lebih menarik, pengendali Brentford, Keith Andrews turut mengesahkan impak Thiago kini turut dipandang pasukan kebangsaan Brazil sekali gus berpeluang menyarung jersi Selecao buat kali pertama menjelang Piala Dunia 2026 akan datang.

“Brazil sudah menghubungi pasukan untuk bertanya tentang prestasi Thiago. Mereka cukup berminat dan saya percaya ini adalah impian Thiago untuk membuat debut bersama pasukan kebangsaan tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN