fbpx
Milla mendedahkan kisahnya yang ditipu seorang wanita berpenampilan lelaki. - TikTok

4 tahun bercinta baru tahu ‘teman lelaki’ sebenarnya wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya sebenarnya bukan lelaki, hanya selepas empat tahun mereka menjalin hubungan cinta, lapor laman berita Wolipop.

Wanita dikenali sebagai Milla itu berkata, dia dan pasangannya menjalin hubungan dari November 2021 hingga 1 November lalu.

Menurutnya, selama empat tahun, dia tidak pernah mengesyaki perkara itu kerana bekas kekasihnya bersikap sama seperti lelaki lain, selain melayannya dengan baik sekali.

Namun, rasa syak wasangka mula muncul apabila Milla terjumpa kad pengenalan wanita itu yang bertulis nama perempuan.

Apabila ditanya, ‘teman lelakinya’ menyatakan bahawa ia milik saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia.

Tidak lama selepas itu, Milla menemukan pesanan ringkas daripada seorang jiran yang memanggil ‘teman lelakinya’ dengan nama perempuan iaitu Susanti.

Wanita itu sekali lagi menafikan perkara tersebut sehingga akhirnya pada Oktober lepas, Milla berjaya mendapat bukti kukuh daripada ahli keluarganya.

“Hati saya hancur, dunia saya seperti runtuh. Saya sukar mempercayainya tetapi semua bukti sudah berada di depan mata,” katanya.

“Saya berasa kecewa dan marah terhadap dia kerana mempermainkan saya seperti ini,” tambahnya.

Pendedahan Milla itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sekurang-kurangnya anda selangkah terselamat daripada berkahwin dengan dia. Semoga terus kuat,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI